SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN ISLAM
PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA
DALAM SAINS ,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
'' NOR MASSHAHRINNA BINTI NORASID 02DTM15F1015
'' NUR'AIDIL IZZATY BINTI NORZAINI 02DTM15F1073
'' NURSHAZREENA BINTI HAMDAN 02DTM15F1118
'' SITI NUR FAZREEN BINTI RAHIM 02DTM15F1069
"SITI HAJAR MAISARAH BINTI AZMI 02DTM15F1040
ISI KANDUNGAN :- PENGENALAN
- PERANAN AL-QURAN
+ PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG BIOLOGI
*Asas utama kehidupan *Semut
*Proses kejadian manusia *Tekanan Oksigen di Alititud Tinggi
*Kehidupan manusia berpasangan * Kegelapan Lautan dan lapisan ombak
*Komuniti Haiwan
*Lebah
+PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI
*Kejuruteraan Kimia *Kejuruteraan Awan
*Proses Pembentukkan besi *Kejuruteraan Mekanikal
-KESIMPULAN
-BIBLIOGRAFI
PENGENALAN
Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Al Quran dalam
Sains danTeknologi. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan
melalui pembacaan,melayari internet dan lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui
banyak ayat al Quran yang mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan
teknologi. Ia telah mendorong ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji
sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di samping membuat pelbagai penemuan
baru.Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat bersesuaian dengan matlamat
kamiuntuk menjadi muslim profesional. Kami berhasrat untuk mengintegrasikan
ilmu Islamdengan ilmu sains supaya dapat membentuk generasi Ulul Albab yang
menyahut seruan ALLAH s.w.t untuk memerhati dan meneliti hikmah di sebalik
penciptaan alam.Selain itu, kami mengharapkan, dengan kajian ini, kami mampu
membuka mata hatikami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi sekali gus
menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH swt.Semoga
dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat melayakkan kami memperolehkeredaan
ALLAH s.w.t dan kejayaan di dunia dan di akhirat
Peranan al-Quran dalam Bidang Biologi
Dalam tajuk ini kita akan membahaskan kemukjizatan
al-Quran dari segi ilmiah.Mukjizat Ilmiah bermaksud al-Quran mampu
merangkumi seluruh kelengkapan manusiamelalui ayat-ayat yang terkandung di
dalamnya. Ini termasuk di dalam bidang ilmiah secaraspesifiknya ilmu
Biologi. Al-Quran merupakan asas kepada penemuan ilmu sains yang
kita pelajari pada hari ini. Dari segi Biologi terutamanya, al-Quran telah
banyak menerangkanmaklumat-maklumat yang lebih terkehadapan(advanced) daripada
apa yang lahir hasildaripada pemikiran manusia. Kemukjizatan al-Quran
dalam bidang ini sangat jelas apabila didalam ayat-ayat itu sendiri jelas diterangkan
proses-proses yang apabila dikaji memang benar kesahihannya dari segi
saintifik.
1) Asas Utama kehidupan
Dan tidakkah orang-orang kafir
itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi
itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan
antara keduanya?
Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup?
Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
(Al-Anbiya', 30)Ayat ini menceritakan
tentang setiap makhluk Allah itu diciptakan daripada air,daripada sekecil-kecil
ciptaan sehingga ke sebesar-besar makhluk Allah. Air merupakan satu sumber yang
sangat penting dalam kehidupan manusia dan merupakan satu nikmat yang sangat
berharga bagi kita. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh badan manusia komposisinya
terdiri daripada 70% air. Begitu juga dengan bumi yang terdiri daripada 70%air.
Malahan sel-sel (cell membrane)di dalam badan kita juga terdiri dari pada air.
Oleh itu al-Quran telah pun terlebih dahulu menerangkan asas penciptaan sesuatu
makhluk di muka bumi iaitu air
Di dalam al-Quran juga menerangkan
penciptaan manusia daripada air :
Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air,
lalu dijadikannya (mempunyai) keturunan dan musaharah
1
dan Tuhanmu adalah Maha
Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya
).
[Al-Furqan, 54]
Selain itu, ayat al-Quran dari surah
ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itudiciptakan daripada air.
Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi
meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.
2) Proses Kejadian Manusia
Proses kejadian manusia diceritakan
daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia mampu
memikirkan proses itu sendiri.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari “pati” (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan pati
itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh
2
; Kemudian Kami ciptakan air mani
itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakandarah beku itu menjadi
seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadibeberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurnakejadian
itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka
nyatalahkelebihan dan ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta”. [Al
-
Mu’minun: 12
-14
].Ayat di atas menceritakan proses
pembentukan manusia, seperti mana yangdidedahkan kepada kita hari ini.
Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan
manusia.Pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah.
Kejadian iniadalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah
menciptakan Nabi Adamdaripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma
dan ovum) kemudian
1
Musaharah
;hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti
menantu mertua dansebagainya
2
Penetapan yang kukuh; rahim

bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di
dinding Rahim. Seterusnya,gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging
(mudghah). Ketulan daging itu pulaakan terbentuk beberapa tulang (tulang
belakang), yang kemudiannya disempurnakanrupanya dengan balutan daging yang
akhirnya membentuk janin. bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung
didinding Rahim. Seterusnya,gumpalan darah itu
membesar menjadi seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pulaakan
terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang kemudiannya
disempurnakanrupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk janin.
3) Kehidupan Manusia Berpasangan
Tiada satu pun makhluk di muka bumi
ini Allah ciptakan keseorangan. CiptaanNyasemua dijadikan berpasangan supaya
mereka sentiasa mengingati kebesaran kuasa Allah. Ini juga
menunjukkan ciptaan Allah yang berpasangan ini mempunyai sifat saling
melengkapi.Dua ayat yang menerang unsur berpasangan dalam ciptaanNya:
Maha suci Tuhan yang telah
menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan
; sama ada dari yang ditumbuhkan
oleh Bumi,atau dari diri mereka, atau dari apa yang telah mereka tidak
mengetahuinya
[Yasin:36]
Sebagai contoh seperti kejadian siang
dan malam. Kejadian siang dan malam tidak berlakudalam satu waktu yang sama.
Pada satu masa Allah jadikan suasana gelap dengan sedikitcahaya, dan
kemudian Dia menciptakan suasana yang terang benderang dengan cahayamatahari
yang mampu menerangkan seluruh alam. Kejadian siang dan malam ini
salingmelengkapi, apabila adanya gelap disuluhi pula cahaya supaya keadaan
menjadi terang(siang) supaya manusia dapat menjalankan aktiviti seharian
masing-masing.
Engkau memasukan siang ke dalam malam, dan memasukkan malam ke dalam
siang.Dan Engkau mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau
keluarkan yang mati dari yang
hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada sesiapa yang
Engkau kehendakitanpa perhitungan[al-Imran:27]
Selain itu juga, adanya jantina lelaki
dan perempuan, pahala dan dosa, syurga danneraka. Setiap ciptaan Allah itu
lengkap dan seimbang. Keterangan di dalam ayat-ayat Allahmenunjukkan kewujudan
semua ciptaan di dunia ini secara berpasangan.
4) Komuniti Haiwan
Al Quran telah menyatakan mengenai
kewujudan umat-umat selain manusia, sepertiumat haiwan dan sebagainya. Ia
bermaksud bahawa haiwan juga hidup bermasyarakat,mempunyai tingkatan-tingkatan
sosial yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat di sekelilingkita, di mana
kita mampu melihat kawanan-kawanan burung dan kumpulan-kumpulanhaiwan
hidup bersama-sama.
5) Lebah
Surah an-Naml banyak menyentuh mengenai
kelebihan lebah serta ciri-cirinya. Halini telah menyebabkan para saintis
mengkaji lebih banyak mengenai kelebihan lebah.Terbukti, sememangnya lebah
merupakan sejenis haiwan yang unik. Ia mempunyaikebolehan menghasilkan
madu yang sangat berkhasiat dan mampu menjadi penawar kepadamanusia. Ia
mengandungi bukan sahaja kandungan karbohidrat yang tinggi, malah turutmemiliki
nutrien-nutrien penting seperti protein, enzim, asid amino, garam mineral,
unsur surih (trace elements), vitamin, campuran beraroma dan polifenol
yang amat diperlukan olehtubuh manusia.
3
Sebagaimana telah dinyatakan dalam al
Quran,
Dan Tuhanmu memberi ilham
kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat
sarangmudi gunung-ganang dan di
pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan
yang didirikanoleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan
dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah
jalan-jalan peraturan
Tuhan mu yang diilhamkan dan
3
Due to the variation of botanical origin honey
differs in appearance, sensory perception and composition. Themain nutritional
and health relevant components are carbohydrates, mainly fructose and
glucose but also about25 different oligosaccharides. Although honey is a high
carbohydrate food, its glycemic index varies within awide range from 32 to
85, depending on the botanical source. It contains small amounts of proteins,
enzymes,amino acids, minerals, trace elements, vitamins, aroma compounds
and polyphenols. The review covers thecomposition, the nutritional contribution
of its components, its physiological and nutritional effects. It shows
thathoney has a variety of positive nutritional and health effects, if consumed
at higher doses of 50 to 80 g per intake
dimudahkannya kepadamu". (Dengan
itu) akan
keluarlah dari dalam badannya
minuman(madu) yang berlainan warnanya, yang
mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya
pada yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikankemurahan Allah) bagi
orang-orang yang mahu berfikir.
(An-Nahl, 68-69)
6)
Semut
Di samping itu, nama semut juga turut
diangkat dalam kisah Nabi Sulaiman yangtelah direkodkan dalam al Quran. Menurut
ayat 17-18 dalam Surah an Naml, Nabi Sulaimandan bala tenteranya telah melalui
Waadin-Naml yang dihuni oleh semut. Maka, seekor semuttelah bertindak menyeru
sekalian semut untuk masuk ke dalam sarang demi mengelakkanmereka dipijak
secara tidak sengaja oleh bala tentera Nabi Sulaiman. Berdasarkan kisah
ini,kita dapat membuat kesimpulan bahawa semut juga hidup di dalam komuniti
yang ramaiserta berkomunikasi sesama sendiri. Ia dibuktikan oleh beberapa
kajian secara saintifik oleh para saintis. Antaranya, semut mempunyai
sistem komunikasi yang sangat kompleksmelibatkan bahan kimia serta mereka
juga mempunyai tingkatan sosial seperti permaisuri, pekerja dan
sebagainya.
7)
Tekanan Oksigen di Altitud Tinggi
Sebagai tambahan, al Quran juga ada
menerangkan mengenai keadaan sesak nafas
apabila naik ke langit. Firman ALLAH
swt: “Sesiapa yang Allah kehenda
ki mendapathidayah nescaya dilapangkan
dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendakisesat nescaya
dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit. Demikianlah
Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang
tidak beriman.” (QS (Sura
h al-
An‟am, ayat
125) . Berdasarkan ayat ini, saintis telah membuat
kajian dan mendapati bahawa tekanan gasoksigen pada altitud tinggi telah menyebabkan
semakin kurang kandungan oksigen yangdisedut ke dalam saluran pernafasan, lalu
membawa kepada kadar pernafasan yang lebih
tinggi. Ia mampu memberikan kesan
seperti sesak nafas, keletihan terlampau sertakepeningan.
4
8)
Kegelapan Lautan dan Lapisan
Ombak
Dalam bidang sains marin pula,
kewujudan dua lapisan ombak di laut dan kegelapandi dasar laut dinyatakan
dengan jelas di dalam surah an Nur, ayat 40. Apabila dikaji,sememangnya wujud
ombak pada lapisan kedua laut (internal tide), yang manakewujudannya dapat
dilihat secara jelas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman inimempunyai
amplitud yang jauh lebih tinggi berbanding amplitud ombak di permukaan
air,dengan ketinggiannya mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan perbezaan
pada ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabilamanusia
mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden.Kegelapan
secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh lapisan laut
yangmenyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar. Hasilnya,
dasar lautanmenjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang
hidup di dasar lautmempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka menyesuaikan
diri dengan keadaandasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tinggi.
5
4
Acute Mountain Sickness (AMS)
AMS is
common at high altitudes. The symptoms of Mild AMS are headache,
dizziness, fatigue, shortnessof breath, loss of appetite, nausea, disturbed
sleep, and a general feeling of malaise.
5
The darkness in deep seas and oceans is
found around a depth of 200 meters and below. Below a depth of 1000 meters
there is no light atall. Human beings cannot survive unaided in the deep dark
part of the oceans, such as at a depth of 200 meters. Scientists have
recentlydiscovered this darkness by means of special equipment and submarines
that have enabled them to dive into the depths of the oceans. Butwhat about the
first waves? Scientists have recently discovered that there are internal
waves which “occur on density interfa
ces betweenlayers of different densitie
s.”1 (see figure 16). The internal
waves cover the
deep waters of seas and oceans because
the deep waters have ahigher density than the waters above them. Internal waves
cannot be seen by the human eye, but they can be detected by studyingtemperature
or salinity changes at a given location.

Peranan al-Quran dalam Bidang Teknologi
Terdapat banyak ayat Al-quran yang
menyeru manusia supaya mengkaji dan menelitifenomena alam untuk memahami dan
mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membinasuatu tamadun yang sempurna.
Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yangdiciptakan oleh Allah
s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di
bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam
tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi
semuaaspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa
Allah memudahkan untuk kemudahan
muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmemudahkan untuk kegunaan kamu
apa yang ada di langit dan di bumi, dan telahmelimpahkan kepada kamu
nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.
”(Surah Luqman: 20)
.Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran
sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat segalanya
yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidangkejuruteraan juga ada disebut
di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokohIslam yang menjadikan
Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraansehingga mereka
dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini
Firman Allah s.w.t : "Dan kami
telah menurunkan besi, padanya ada kekuatanyang hebat serta berfungsi berbagai
manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid : 25)Terdapat satu surah di dalam
Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu SurahAl-Hadid yang bermaksud besi.
Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah telah berfirman
“waanzalnaalhadiid” yang boleh
diterjemahkan “dan kami turunkan besi”. Ayat ini
memberi satu pertanyaan kepada kita
umat manusia tentang asal usul besi.Sebenarnya, besi berasal dari langit yang
tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika
bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar
hidrogen(H) , besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruangangkasa.
Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar
.Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk
menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang
yang lebih besar daripadamatahari iaitu suhunya mencecah berates juta celcius
.Apabila besi mencapai amaunmelebihi peringkat tertentu dalam sebuah
bintang, bintang ini tidak lagi dapatmenampungnya dan akhirnya meletup dalam
satu letupan yang dipanggil nova atausupernova. Hasil daripada letupan
ini, meteor yang mengandungi besi berserakankeseluruh alam semesta dan mereka
bergerak melalui ruang di angkasa sehinggaditarik oleh daya graviti sesuatu
jasad di cakerawala. Selain itu, elemen utama pada pusat bumi iaitu teras
bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe) dengankandungannya 90% dan nikel
(Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di pusat bumiAllah telah
jelaskan dalam ayat yang
berbunyi “fiihiba'sunsyadiid” (padanya ada
kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu
menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti.
Firman Allah selanjutnya pada Al hadiid (ayat 25)yang bermaksud serta berbagai
manfaat untuk manusia. Manfaat yang perludisebutkan paling dahulu (sebab
manusia sering lupa) ialah bahawa besi merupakan
salah satu unsur yang membangun
haemoglobin, protein dalan darah yang berfungsimengikat oksigen yang kita
menghirupnya dari udara. Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita,
oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudiandihantar oleh
darah keseluruh tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali
Allahmemelihara kelangsungan hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai
manusia perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah
s.w.t kepadakita.
3)
Kejuruteraan awam
Kubah dan menara masjid yang di
bina menunjukkan kefahaman dan kemahiransarjana-sarjana Islam dahulu dalam
bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraanawam hidrologi
6
, orang-orang Islam juga memberi
sumbangan penting. Pada zaman
pemerintahan khalifah „Umar,
beberapa terusan telah di bina.
Saiyidina Umar pula telahmengarahkan
pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang
mengalirkanair dari sungai Furat.
Terusan ini di beri nama Terusan Abu
Musa Asy‟ari, pemerintah Basrah
ketika itu.
Satu lagi terusan ialah Terusan Ma‟akal yang
di bina di bawah penyeliaan Ma‟akal
Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah
juga telah di usahakan di Parsi.Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir.
Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al-
A‟mili
seorang ahli sufi Safavid yang mahir
dalam matematik dan keagamaan.Bagi negara yang yang di kelilingi oleh padang
pasir, teknologi ini amat bergunakerana ia dapat mengelakkan pengewapan air.
Bukti ini menunjukkan bahawa mereka jugatelah meneliti bukan sahaja tentang
pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan
penyelenggaraan projek tersebut.
6
Hidrologi merupakan kajian pergerakan,
taburan, dan kualiti
air
di bumi. Bidang ini
memberi perhatian khusus kepada fenomenon seperti kitar air dan
sumber air.

4)
Kejuruteraan
mekanikal
Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains
dan teknologi Islam yang banyak ialahdalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa
terkandung di dalam buku Kitab Peranti (TheBooks of Artifices) yang telah
disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenaldalam bidang
perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan
yangmengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip
inersia yangterkandung di dalam kata-
katanya yang berbunyi “tidak ada jasad
yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di
bayangkan tanpa gerakan.”
,
“d
aya hanya boleh di sukat dalam
sebutan kesan-
kesannya.”
,
“
dalam sesuatu mesin mudah, apa yang
diperoleh dalam bentuk kuasa adalah
kehilangan dalam kelajuannya.” Al
-Khwarizmi pulatertarik kepada
kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan
spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan. Di antara
pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah
“b
erat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu
jasad tertarik ke pusat bumi
”
, “j
asad-jasad yang mempunyai graviti sama
ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak
yang sama d
alam masa yang sama.”
Teknologiyang mendapatkan tenaga dari
udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan
ia merupakan „Penggerak Perdana” yang
utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan
semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan
ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam silinder selari, perangan
jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai
ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidangteknologi dan ini
seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.
KESIMPULAN
Konklusinya, Al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw mempunyai
peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan Al-Quran
untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama
untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian.Justeru, kita sebagai
generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional
ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran danmengkaji
penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta
meningkatketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa
rabun ghafur.
BIBLIOGRAFI
Abd Aziz, H. (2008, APRIL 16). [Web log message]
. Retrieved fromctu551.blogspot.com/2008/04/sains-teknolgi-menurut-islam.htmlAlvarez-Suarez,
J. M., Tulipani, S. Romandini, S., Bertoli, E., & Battino, M.
(2010).Contribution of honey in nutrition and human health: a review.
Mediterranean Journal of Nutrition and Metabolism
3, no. 1 (2010): 15-23.Bogdanov, S., Jurendic, T.,
Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition andhealth: A
review.
Journal of the American College of Nutrition,
,
27
(6), 677-689.Retrieved from http://www.jacn.org/content/27/6/677.full.pdf
Curtis, R. (n.d.).
Outdoor Action Guide to High Altitude:
Acclimatization and Illnesses
.Retrieved March 14, 2013, from http://www.princeton.edu/~oa/safety/altitude.shtml
Danial, Z. A. (2012).
Islam: The misunderstood religion
. (Revised ed., pp. 45-112). Selangor,Malaysia: PTS
Millenia.
Deep sea
. (2013). Retrieved from
http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_sea.Harun, Y. (2004).
The quran leads the way to science
. (2nd ed.). Turkey: Global Publishing.DOI: www.harunyahya.com
Internal Tide.
(2012). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_tide.
Internal wave.
(2013). Retrieved from
http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_wave.
Ibrahim, I. (1997).
A brief illustrated guide to understanding
islam
. (2nd ed., pp. 20-21).Texas, USA: Darussalam
Publishers and Distributors. Retrieved fromhttp://www.islam-guide.com/islam-guide.pdf
Littin, S. (2011, MAY 20). Ants give new evidence
for interaction networks.
UANews
Miller, G. (1992).
The amazing quran
. Abul Qasim Publishing House. Retrieved fromhttp://d1.islamhouse.com/data/en/ih_books/single/en_the_amazing_Quran1.pdf
Muhammad Mujahid, I. M. F. (2013). Mukjizat al
quran. In M. H. Shahrizan & I. M. F.Muhammad Mujahid (Eds.),
Mahabbatur Rasul
(1 ed., pp. 88-89). Kedah, Malaysia:Pustaka
Paksi.Peacock AJ.
ABC of oxygen: Oxygen at high altitude
. Br Med J. 1998;317:1063
–
1066.Pelinovsky,E., Talipova,T., Holloway, P. E., (1997).
Strongly Nonlinear Internal Waves onthe Australian
North West Shelf
. Retrieved
fromhttp://www.whoi.edu/science/AOPE/ISW98workshop/text/holloway/holloway-ht.html.
No comments:
Post a Comment